Membina keberanian dan berdikari: Perjalanan saya sebagai felo Orang Asli di MCCHR
Rosdila Ngah Roslan ialah felo Orang Asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.
Saya sudah bekerja dengan MCCHR selama enam bulan. Saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya di sini. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat peluang ini, ia memberi saya banyak pengalaman dan pelajaran. Apa yang saya perasan dalam diri saya, saya ada keberanian dan lebih berdikari.
Dua bulan lepas ada banyak cabaran yang saya hadapi semasa pandemik Covid-19, terutama sedikit kesusahan dalam menjalankan tugasan saya. Cabaran semasa bekerja ialah menggunakan akses internet di mana ianya agak sukar bagi saya kerana saya kurang mahir menggunakan aplikasi atas talian. Saya amat berterima kasih kepada penyelia saya, Mazni yang banyak membantu saya pada masa itu dan memberi tunjuk ajar yang sepenuhnya kepada saya. Walaupun saya belajar dengan dia dengan menggunakan aplikasi atas talian, banyak juga yang saya telah dapat pelajari daripada penyelia saya.
Selama dalam latihan bekerja dalam tempoh enam bulan ini, saya juga menyertai banyak aktiviti seperti lampiran di bawah.
Aktiviti / acara | Tarikh |
Solidarity dengan Fadiah Nadwa | 13 Mac 2020 |
Mesyuarat kumpulan/renovasi pejabat | 12 April 2020 |
Mesyuarat/dialog Suhakam bersama NGO/CSO PENILAIAN KEPERLUAN MASYARAKAT ORANG ASLI | 20 April 2020 |
Mesyuarat (Zoom) /Infografik OA | 23 April 2020 |
Mesyuarat (Skype) /renovasi pejabat | 28 April 2020 |
Mesyuarat (Zoom) /Social Media & Scheduling | 29 April 2020 |
Mesyuarat (Zoom) /Twitter | 1 Mei 2020 |
Acara /siber buli dengan pelajar Sunway | 12 Mei 2020 |
Mesyuarat /Eborak | 19 Mei 2020 |
Acara (Zoom) /Idolademokrasi Big Picture | 19 Mei 2020 |
Acara(zoom)/Idolademokrasi Problem Tree & Action Pyramid | 20 Mei 2020 |
Forum Orang Asli/ Pertanian Konten | 21 Mei 2020 |
Acara UndiMsia/ Temubual Bersama Belia Wanita Muda Orang Asli | 21 Mei 2020 |
Acara siri wayang sembang pasca PKP/Langkah untuk membendung keciciran pelajar orang asli | 22 Mei 2020 |
Media Archive + Excel Tutorial | 10 Jun 2020 |
Mesyuarat Media Archive | 11 Jun 2020 |
Perbincangan Media Archive | 16 Jun 2020 |
Mesyuarat / Review-Accounts | 22 Jun 2020 |
Excel tutorial | 3 Julai 2020 |
Mesyuarat: Echoes in the silence /Merdeka sebenar ialah merdeka | 15 Julai 2020 |
Acara: Strategic Litigation Manual (Malay) book launch + closed door discussion | 23 Julai 2020 |
Eborak: Pendidikan OA, akses kepada internet | 26 Julai 2020 |
Perbincangan panel #1: Hala tuju hubungan antara agama dan kaum selepas 63 tahun kemerdekaan | 13 ogos 2020 |
Acara: Bengkel Penghasilan Poster/Infografik | 21 ogos 2020 |
Kesemua aktiviti tersebut memberi banyak pelajaran dan kefahaman kepada saya, mengikut aktiviti atau acara yang saya sertai contohnya mesyuarat atau perbincangan mengenai perkara yang sayakurang tahu. Saya juga dapat berkenalan dan berjumpa dengan ramai orang lain yang menyertai aktiviti atau acara tersebut. Ini adalah pengalaman yang amat menyeronokkan.
Selain itu projek UndiMsia! saya yang pertama memberi saya banyak pengalaman. Saya telah menemu bual dua orang belia wanita Orang Asli yang berkongsi pengalaman mereka menguruskan tabung Covid-19 untuk komuniti Orang Asli di Malaysia. Saya belajar bagaimana untuk membuat perancangan dengan menetapkan masa dan tarikh, berkomunikasi dengan belia wanita tersebut melalui emel dan menyediakan soalan-soalan untuk sesi temubual. Saya menggunakan aplikasi Zoom untuk menemu bual mereka. Walaupun talian internet tidak elok, saya dapat menyelesaikan projek itu dengan baik.
Pengalaman menganjurkan projek saya yang kedua amat berbeza. Webinar dijalankan secara siaran langsung ke Facebook. Saya rasa sangat berbeza dengan projek pertama kerana projek yang kedua tidak banyak kerja yang perlu saya buat. Namun pada projek kedua saya dapat belajar cara untuk mempromosikan poster acara saya melalui halaman Facebook. Saya juga menjadi moderator untuk acara langsung ini buat pertama kali.
Saya juga rasa sangat seronok kerana selain penyelia saya, Mazni, rakan sekerja saya yang lain juga banyak membantu saya dalam membuat kerja yang saya tidak tahu. Ada banyak yang telah saya pelajari dari masa saya di MCCHR. Semua ilmu yang saya pelajari sesetengahnya saya boleh kongsi dengan komuniti saya di kampung. Akhir kata, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua rakan kerja di MCCHR yang banyak membantu saya selama enam bulan ini.
Human rights internship
The programme provides hands-on work experience in civic education, strategic litigation, and law & policy reform. MCCHR interns have the opportunity to apply their knowledge and hone their skills in community organising and human rights advocacy.
This three-month paid internship programme is open to university students and recent graduates from any academic background. For enquiries, email [email protected].
Bulletin
Subscribe to our email newsletter to receive the latest news and updates from the MCCHR team directly in your inbox.
for Constitutionalism
and Human Rights