Opens in a new tab
Aktiviti komuniti

Bertih Jagung #2 – “Putra Heights: One Year On” dan “Cerita Menjadi Relawan Kebakaran Human”

Ahad, 15 November 2026 · 2–4pm
Kuala Lumpur

Bertih Jagung ialah kelab filem anjuran MCCHR yang membawakan filem-filem dan perbincangan kemasyarakatan pada hari Ahad ketiga setiap bulan.

Greenpeace dan MCCHR mempersembahkan Bertih Jagung #3:

Putra Heights: One Year On

Pada 1 April 2025, saluran paip gas di Putra Heights meletup dan terbakar lebih tujuh jam. Lebih 600 isi rumah terpaksa berpindah. Setahun kemudian, bagaimana keadaan mereka? Dan apakah soalan yang masih belum terjawab? Filem ini akan memaparkan kesan insiden tersebut terhadap kehidupan penduduk, daripada trauma dan kerugian kewangan hinggalah perjuangan mereka untuk bangkit semula.

Cerita Menjadi Relawan Kebakaran Hutan

Jerebu yang melanda negara dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah gambut di seberang sempadan. Di Kalimantan, sukarelawan muda dilatih untuk mencegah dan memadam kebakaran. Filem ini mengisahkan perjalanan mereka menjadi sukarelawan dan usaha mereka melindungi hutan.

Perbincangan berkumpulan

Selepas tayangan, kita akan borak dengan Hamizah. Beliau adalah juru kempen perubahan iklim dan tenaga, Greenpeace Malaysia dan juga penerbit eksekutif “Putra Heights: One Year On”. Hamizah memperjuangkan hak komuniti terjejas di Putra Heights!

Tarikh: Ahad, 15 November 2026

Masa: 2–4pm

Tempat: Pejabat MCCHR, Oval Damansara

Snek dan makanan ringan disediakan.

Bulletin

Subscribe to our email newsletter to receive the latest news and updates from the MCCHR team directly in your inbox.

Malaysian Centre
for Constitutionalism
and Human Rights
Get to know us