Internship

Membina keberanian dan berdikari: Perjalanan saya sebagai felo Orang Asli di MCCHR

Oleh Rosdila Ngah Roslan
18 October 2020

Rosdila Ngah Roslan ialah felo Orang Asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.


Saya sudah bekerja dengan MCCHR selama enam bulan. Saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya di sini. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat peluang ini, ia memberi saya banyak pengalaman dan pelajaran. Apa yang saya perasan dalam diri saya, saya ada keberanian dan lebih berdikari.

Dua bulan lepas ada banyak cabaran yang saya hadapi semasa pandemik Covid-19, terutama sedikit kesusahan dalam menjalankan tugasan saya. Cabaran semasa bekerja ialah menggunakan akses internet di mana ianya agak sukar bagi saya kerana saya kurang mahir menggunakan aplikasi atas talian. Saya amat berterima kasih kepada penyelia saya, Mazni yang banyak membantu saya pada masa itu dan memberi tunjuk ajar yang sepenuhnya kepada saya. Walaupun saya belajar dengan dia dengan menggunakan aplikasi atas talian, banyak juga yang saya telah dapat pelajari daripada penyelia saya.

Selama dalam latihan bekerja dalam tempoh enam bulan ini, saya juga menyertai banyak aktiviti seperti lampiran di bawah.

Aktiviti / acara  Tarikh
Solidarity dengan Fadiah Nadwa 13 Mac 2020
Mesyuarat kumpulan/renovasi pejabat 12 April 2020
Mesyuarat/dialog Suhakam bersama NGO/CSO PENILAIAN KEPERLUAN MASYARAKAT ORANG ASLI 20 April 2020
Mesyuarat (Zoom) /Infografik OA 23 April 2020
Mesyuarat (Skype) /renovasi pejabat 28 April 2020
Mesyuarat (Zoom) /Social Media & Scheduling 29 April 2020
Mesyuarat (Zoom) /Twitter 1 Mei 2020
Acara /siber buli dengan pelajar Sunway 12 Mei 2020
Mesyuarat /Eborak 19 Mei 2020
Acara (Zoom) /Idolademokrasi Big Picture 19 Mei 2020
Acara(zoom)/Idolademokrasi Problem Tree & Action Pyramid 20 Mei 2020
Forum Orang Asli/ Pertanian Konten 21 Mei 2020
Acara UndiMsia/ Temubual Bersama Belia Wanita Muda Orang Asli 21 Mei 2020
Acara siri wayang sembang pasca PKP/Langkah untuk  membendung keciciran pelajar orang asli 22 Mei 2020
Media Archive + Excel Tutorial 10 Jun 2020
Mesyuarat Media Archive 11 Jun 2020
Perbincangan Media Archive 16 Jun 2020
Mesyuarat / Review-Accounts 22 Jun 2020
Excel tutorial 3 Julai 2020
Mesyuarat: Echoes in the silence /Merdeka sebenar ialah merdeka 15 Julai 2020
Acara: Strategic Litigation Manual (Malay) book launch + closed door discussion 23 Julai 2020
Eborak: Pendidikan OA, akses kepada internet 26 Julai 2020
Perbincangan panel #1: Hala tuju hubungan antara agama dan kaum selepas 63 tahun kemerdekaan 13 ogos 2020
Acara: Bengkel Penghasilan Poster/Infografik 21 ogos 2020

Kesemua aktiviti tersebut memberi banyak pelajaran dan kefahaman kepada saya, mengikut aktiviti atau acara yang saya sertai contohnya mesyuarat atau perbincangan mengenai perkara yang sayakurang tahu. Saya juga dapat berkenalan dan berjumpa dengan ramai orang lain yang menyertai aktiviti atau acara tersebut. Ini adalah pengalaman yang amat menyeronokkan.

Selain itu projek UndiMsia! saya yang pertama memberi saya banyak pengalaman. Saya telah menemu bual dua orang belia wanita Orang Asli yang berkongsi pengalaman mereka menguruskan tabung Covid-19 untuk  komuniti Orang Asli di Malaysia. Saya belajar bagaimana untuk membuat perancangan dengan menetapkan masa dan tarikh, berkomunikasi dengan belia wanita tersebut melalui emel dan menyediakan soalan-soalan untuk sesi temubual. Saya menggunakan aplikasi Zoom untuk menemu bual mereka. Walaupun talian internet tidak elok, saya dapat menyelesaikan projek itu dengan baik.

Pengalaman menganjurkan projek saya yang kedua amat berbeza. Webinar dijalankan secara siaran langsung ke Facebook. Saya rasa sangat berbeza dengan projek pertama kerana projek yang kedua tidak banyak kerja yang perlu saya buat. Namun pada projek kedua saya dapat belajar cara untuk mempromosikan poster acara saya melalui halaman Facebook. Saya juga menjadi moderator untuk acara langsung ini buat pertama kali.

Saya juga rasa sangat seronok kerana selain penyelia saya, Mazni, rakan sekerja saya yang lain juga banyak membantu saya dalam membuat kerja yang saya tidak tahu. Ada banyak yang telah saya pelajari dari masa saya di MCCHR. Semua ilmu yang saya pelajari sesetengahnya saya boleh kongsi dengan komuniti  saya di kampung. Akhir kata, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua rakan kerja di MCCHR yang banyak membantu saya selama enam bulan ini.

© Mohd Samsul Mohd Said, Getty Images

Human rights internship

The programme provides hands-on work experience in civic education, strategic litigation, and law & policy reform. MCCHR interns have the opportunity to apply their knowledge and hone their skills in community organising and human rights advocacy.

This three-month paid internship programme is open to university students and recent graduates from any academic background. For enquiries, email [email protected].

Bulletin

Subscribe to our email newsletter to receive the latest news and updates from the MCCHR team directly in your inbox.

Malaysian Centre
for Constitutionalism
and Human Rights
Get to know us