SOALAN-SOALAN

LAZIM (FAQs)

SOALAN-SOALAN

LAZIM (FAQs)

1: Apa itu gangguan siber?

Gangguan siber ialah mana-mana perbuatan yang dilakukan di Internet atau melalui peranti elektronik atau digital yang lain (contohnya telefon, komputer riba, tablet, dll.) yang menyebabkan seseorang berasa dirinya diugut, tidak senang atau terhina sehingga ia menjadi persekitaran yang tidak selamat bagi orang tersebut.

Beberapa contoh gangguan siber ialah:

  • seseorang menghendap Menghendap:
    Tiada definisi undang-undang yang ketat bagi perbuatan menghendap tetapi terdapat contoh untuk menunjukkan perbuatan tersebut seperti mengekori seseorang, memerhati atau mengintip orang tersebut atau menghubungi si mangsa secara paksa melalui apa jua kaedah, termasuk media sosial.
    (Sumber: Crown Prosecution Service, UK)
    anda di Instagram anda;
  • komen-komen makian yang menyerang anda di saluran YouTube anda;
  • diperas ugut Peras Ugut:
    Perbuatan meminta wang daripada orang ataupun memaksa mereka melakukan sesuatu dengan ugutan untuk mendedahkan rahsia mereka atau untuk mencederakan mereka.
    (Sumber: Kamus Cambridge)
    di WhatsApp anda;
  • maklumat peribadi anda seperti alamat, nombor telefon, dan nombor kad pengenalan dikongsi di Facebook tanpa izin atau pengetahuan anda;
  • menerima ugutan bunuh atau rogol melalui Twitter;
  • terjumpa gambar bogel anda yang dihantar kepada bekas teman lelaki anda sebulan dahulu di enjin gelintar (“search engine”) Google bila anda menaip nama anda;
  • mendapati bahawa seseorang telah membuka akaun Instagram menggunakan nama dan gambar-gambar anda tanpa izin atau pengetahuan anda;
  • seseorang menggunakan akaun e-mel anda tanpa izin atau pengetahuan anda;
  • menerima mesej teks hina secara berturut-turut di telefon anda daripada orang yang tidak dikenali; dan
  • menerima bahan dengan unsur seks yang eksplisit di Facebook Messenger anda daripada seorang rakan kerja dan ia menyebabkan anda berasa tidak senang.

2: Adakah buli siber sama seperti gangguan siber?

Buli siber ialah sejenis gangguan siber. Sesetengah sumber antarabangsa mentakrifkan buli siber sebagai perbuatan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak terhadap seorang kanak-kanak yang lain sementara gangguan siber berlaku di kalangan orang dewasa. Taktik, niat dan kesan buli siber dan gangguan siber juga agak berbeza.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Infografik ini untuk membantu anda memahami gangguan siber dan buli siber.

3: Apakah jenis komen yang dianggap menghina?

Komen menghina ialah komen-komen yang menggalakkan atau membangkitkan keganasan, kebencian atau diskriminasi terhadap seorang individu/sebuah kumpulan disebabkan oleh:

  • Kaum;
  • Agama;
  • Ketidakupayaan;
  • Kewarganegaraan;
  • Jantina;
  • Usia;
  • Orientasi seksual;
  • Identiti jantina;
  • Status sosial atau ekonomi;
  • Kepercayaan politik; dll.

4: Adakah saya diganggu jika seseorang melakukan sexting Sexting:
Penghantaran mesej atau imej seks yang eksplisit menggunakan telefon bimbit.
(Sumber: Kamus Merriam-Webster)
dengan saya atau menghantar gambar zakar Gambar Zakar:
Gambar yang menunjukkan zakar yang terdedah.
kepada saya?

Ia bergantung pada perasaan anda tentang perbuatan sexting dan gambar tersebut. Jika ia tidak menyenangkan anda, menyebabkan anda rasa terhina atau sakit hati, dan anda berharap anda tidak menerimanya, anda sedang diganggu.

Sebaliknya, jika anda tidak kisah ataupun senang menerimanya, anda tidak diganggu.

5: Adakah saya mangsa gangguan siber jika seseorang tidak bersetuju dengan komen saya di Facebook dan memanggil saya bodoh?

Percanggahan pendapat ataupun kritikan bukan gangguan. Anda tidak sepatutnya mengharapkan persetujuan semua orang. Akan tetapi, cara seseorang mengkritik atau bercanggah pendapat dengan anda kadangkala boleh menjadi gangguan. Contohnya, jika seseorang asyik mencari peluang untuk bercanggah pendapat dengan anda secara sengaja hanya untuk membangkitkan kemarahan anda atau menghina anda (contohnya trolling Trolling:
Ahli sebuah komuniti sosial dalam talian yang cuba mengganggu, menyerang, menyinggung atau menimbulkan masalah secara sengaja di dalam komuniti tersebut dengan menghantar komen, foto, video, GIF atau bahan dalam talian lain yang tertentu.
(Sumber: www.lifewire.com)
, mengejek anda dengan nama seperti dungu, bangang atau bodoh, dll.) sehingga anda rasa sakit hati atau terhina, anda merupakan mangsa gangguan siber.

6: Bilakah saya harus menganggap ugutan bunuh atau rogol dalam talian sebagai sesuatu yang serius?

Tiada jawapan yang jelas dan mudah untuk ini kerana semua kes adalah unik dan harus dinilai secara individu berdasarkan konteksnya. Akan tetapi, anda harus selalu mempercayai rasa hati anda kerana tiada sesiapa yang lebih memahami keadaan yang dialami anda ataupun perasaan anda.

Sila jawab soalan-soalan di bawah untuk membantu anda menilai jika ugutan-ugutan tersebut boleh menjadi serius atau tidak. Jika anda menjawab “ya” bagi sekurang-kurangnya satu soalan di bawah, anda mungkin perlu lebih berhati-hati dan bukan sekadar tidak mempedulikan mereka sahaja.

  • Adakah ugutan-ugutan tersebut merupakan sebahagian daripada sekumpulan individu yang lebih besar yang pernah menyatakan kemarahan mereka terhadap anda dalam talian?
  • Adakah alamat rumah atau pejabat anda diumumkan di Internet atau bahan bercetak yang lain seperti risalah dan sebagainya kebelakangan ini? Atau, adakah ianya juga terkandung di dalam ugutan-ugutan tersebut?
  • Adakah ugutan-ugutan tersebut juga mempunyai gambaran yang terperinci tentang cara orang itu akan mencederakan anda (contohnya dengan pisau, menembak anda, mencekik anda, dsb.)?
  • Adakah pengganggu itu menghantar mesej berulang kali bagi mempamerkan bahawa dia sedang menyerang anda dari segi emosi? Contohnya: “Kenapa awak buat begitu pada saya? Saya sangka hubungan kita istimewa. Saya rasa saya telah dikhianati. Dengar sini, saya tidak akan melepaskan SESIAPA yang mengkhianati saya.”
  • Adakah ugutan itu mengandungi maklumat tentang rutin harian, tabiat, kawan-kawan atau ahli keluarga anda yang tidak mudah dijumpai dalam talian?

7: Siapakah PeopleACT?

PeopleACT ialah singkatan bagi People against Cyber Threats/Harassment. Ia sebuah inisiatif UndiMsia! yang diuruskan oleh sebuah kumpulan pejuang hak asasi manusia daripada beberapa buah organisasi bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Misinya ialah untuk menjadikan ruang siber sebuah persekitaran yang lebih selamat, menghormati dan memperkasakan bagi warga Malaysia melalui sokongan perundangan strategik Sokongan perundangan strategik:
Sebuah kempen yang menggunakan kaedah dan pendekatan yang efektif demi mempengaruhi undang-undang bagi isu tertentu yang akan meninggalkan kesan yang positif pada masyarakat.
dan kempen kesedaran awam.

8: Apakah tujuan kit ini?

Kit ini diwujudkan untuk memberikan maklumat yang berkaitan dan berguna kepada orang yang:

  • pernah atau sedang diganggu di Internet atau peranti elektronik mereka;
  • ingin mengetahui perkara yang harus dibuat dan tempat untuk mendapatkan bantuan jika mereka atau orang lain mengalami gangguan siber; dan
  • ingin mengetahui cara mengelakkan gangguan siber.

9: Apakah kandungan kit ini?

Ia mengandungi panduan langkah demi langkah tentang:

  • cara menangani gangguan siber;
  • kepada siapa laporan harus dibuat;
  • cara mengurangkan risiko gangguan siber; dan
  • tempat mendapatkan sokongan.

Ia juga memberikan panduan yang berguna tentang cara anda boleh membalas pengganggu anda, mendokumenkan gangguan tersebut, dan sumber tambahan yang lain untuk mengharungi gangguan siber.

10: Bilakah saya harus menggunakan kit ini?

Anda harus menggunakan kit ini bila:

  • anda tidak pasti jika anda sedang diganggu dalam talian;
  • anda sedang mengalami gangguan siber dan tidak tahu apa yang harus dibuat;
  • kenalan anda sedang mengalami gangguan siber dan ingin tahu apa yang harus dibuat; atau
  • anda ingin mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan gangguan siber.

Kit ini juga boleh digunakan sebagai sumber bagi ibu-bapa, guru, kaunselor, majikan, dll. untuk membantu mereka menangani gangguan siber di rumah, sekolah dan tempat kerja.

11: Adakah saya dilindungi undang-undang Malaysia jika saya mengalami gangguan siber?

Pada masa ini, tiada undang-undang di Malaysia yang menangani gangguan siber secara spesifik. Akan tetapi, sesetengah perbuatan menghina dalam talian boleh ditangani menggunakan undang-undang yang berikut:

  • Kanun Keseksaan melarang komunikasi lucah atau tidak senonoh yang berniat menghina kehormatan seseorang seperti gangguan seksual dan juga intimidasi jenayah seperti peras ugut ataupun ugutan bunuh atau rogol.
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang bahan dalam talian yang bersifat lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menjelikkan. Ini boleh digunakan untuk gangguan seksual, komen terkutuk dan ugutan bunuh atau rogol dalam talian.
  • Akta Kerja (Pindaan) 2012 menangani kesalahan gangguan seksual di tempat kerja.
  • Akta Jenayah Komputer 1997 mengawal akses haram kepada bahan-bahan komputer seperti menggodam dan mengintip.
  • Akta Hakcipta 1987 melindungi pemilikan karya asli seperti gambar dan video yang dihasilkan anda; cthnya. swafoto (selfie). Ini bermakna orang lain dilarang berkongsi atau mengedarkan karya tersebut tanpa izin anda. Ini mungkin boleh digunakan untuk pornografi tanpa izin/pornografi dendam.
  • Akta Fitnah 1957 memberikan remedi kepada orang yang reputasinya telah dirosak atau dicemar di khalayak ramai seperti ucapan hina.

HUBUNGI KAMI

Alamat:
The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights
A-3-8, Pantai Business Park, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
(Waktu pejabat dibuka: Isnin – Jumaat, 9.30 pagi – 5.30 petang)

Telefon: +60 3-2201 1454
Emel: [email protected]

Supported by