B-E-B-A-S

B-E-B-A-S

LANGKAH #1: BERSUARA atau BERDIAM DIRI

Haruskah saya bersuara atau berdiam diri?

Anda boleh memilih untuk bersuara terhadap pengganggu anda atau berdiam diri bergantung pada situasi tersebut dan niat pengganggu anda. Contohnya, niat utama seorang troll Internet ialah menimbulkan reaksi daripada anda di mana ia boleh menjadi satu perang bara Perang bara:
Bila dua atau lebih daripada dua orang saling menyerang dengan mencaci maki, mengejek atau menggunakan kata-kata cercaan yang lain. Biasanya, ini berlaku ekoran percanggahan pendapat yang hangat tentang topik-topik seperti politik, agama, feminisme, dll.
dengan mudah sebaik anda mula memberikan perhatian kepadanya.

Oleh itu, langkah yang terbaik untuk menangani troll ialah untuk berdiam diri dan tidak memberikan reaksi terhadap komen-komen mereka. Berkemungkinan besar mereka akan hilang minat jika mereka gagal mendapatkan perhatian anda dan akan beralih kepada sasaran yang lain.

Akan tetapi, di dalam situasi di mana kenalan anda ataupun orang yang baru ditemui mula melakukan sexting dengan anda di WhatsApp dan anda tidak ingin menerima komunikasi sebegini daripada orang tersebut, anda seharusnya bersuara untuk memberitahu orang tersebut bahawa perbuatannya itu tidak diingini atau disenangi.

Kenapa bersuara itu penting?

“Saya tidak akan berdiam diri supaya anda boleh kekal selesa.”

Adalah penting untuk bersuara:

i. Untuk memberitahu pengganggu tersebut bahawa tindakannya tidak boleh diterima.

Senario #1:
Seseorang menghantar anda mesej dengan unsur seks eksplisit yang tidak diingini di WhatsApp.

Bila anda bersuara, anda memberitahu orang tersebut bahawa perbuatannya tidak diingini. Sebaliknya, dengan tidak bersuara dan terus berdiam diri mungkin menyatakan kepada orang tersebut bahawa anda menyenangi bahan yang dihantar atau kata-kata yang dinyatakan kepada anda.

Dengan adanya rekod ketidaksetujuan anda, ia akan memberikan perbezaan yang besar jika anda memutuskan untuk membuat laporan rasmi terhadap orang tersebut kerana sebarang bukti jelas menunjukkan bahawa anda tidak menyenangi mesej tersebut dan ia akan memberikan anda kelebihan. Ini sangat berguna terutamanya bila orang tersebut menyatakan bahawa anda menyenangi mesej itu ataupun anda mengalu-alukannya.

ii. Untuk mengambil balik ruang dalam talian anda dan tidak membenarkan suara anda dikuasai dan dikawal pengganggu itu.

Senario #2:
Anda memuat naik video YouTube yang menyatakan kepentingan mempunyai ruang kerja yang bebas dari gangguan seks demi melindungi pekerja wanita.

Dua orang menghantar komen-komen sebegini di video anda:

“Biasalah perempuan jalang seperti kau. Emo betul. Jika tak tahan, lebih baik kau hisap jantan kau di rumah.”

“Senyap sajalah, pelacur! Aku pasti jika aku tenggelamkan kau, kau masih bercakap.”

Pengganggu itu seringkali berniat mendiamkan anda akibat seksisme Seksisme
1. Prasangka atau diskriminasi berdasarkan jantina; terutamanya terhadap wanita.
2. Kelakuan, keadaan, atau sikap yang memupuk stereotaip tentang peranan sosial berdasarkan jantina.
. Jika anda tidak bersuara, anda akan memenuhi keinginan orang itu; iaitu, mendiamkan suara feminismeSuara feminisme:
Penyataan pemikiran atau pendapat yang menyokong hak wanita berdasarkan kesamaan jantina.
. Bila suara feminisme didiamkan dalam talian, ruang yang membolehkan orang berbincang tentang ideologi atau isu feminisme dirampas. Oleh itu, ia penting untuk bersuara demi menuntut kembali ruang tersebut dan menyekat kata-kata anti-feminisme yang menguasai, mengawal dan berkekalan di ruang dalam talian kita.

iii. Mengambil balik kuasa anda.

Senario #3:
Anda telah menerima mesej teks ini daripada bekas teman lelaki anda:
“Jika awak tidak menjawab panggilan saya, saya akan menghantar semua gambar bogel
awak ke laman web lucah.”

Bila seseorang memeras ugutPemerasan:
Perbuatan memperoleh sesuatu, terutamanya wang, melalui pemaksaan atau ugutan.
(Sumber: Kamus Oxford)
anda, secara dasarnya mereka sedang menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka kerana memiliki gambar-gambar anda yang menimbulkan curiga. Perbuatan seseorang tunduk pada pemerasan demi melindungi diri sendiri itu memang difahami. Akan tetapi, jika anda tunduk pada tuntutan orang tersebut, kuasa anda akan dirampas dan kawalannya ke atas anda akan bertambah. Pendek kata, mereka “menang” walaupun mereka orang jahat. Bukan itu sahaja, jika seseorang berupaya melakukan perkara sebegini, apa yang dapat menghalang mereka dari terus memeras ugut anda lagi selagi mereka masih mempunyai gambar-gambar anda? Apakah yang dapat menjamin bahawa mereka tidak akan berkongsi gambar-gambar tersebut selepas anda tunduk pada mereka?

Bila anda bersuara, sama ada untuk menyatakan “tidak” kepada pengganggu tersebut ataupun melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan, anda sedang menuntut kembali kuasa anda dengan tidak membenarkan pengganggu tersebut menguasai anda. Dalam proses itu, tanggungjawab dan stigma yang seringkali diletakkan pada mangsa-mangsa (iaitu, mereka sering disalahkan kerana berkongsi gambar bogel mereka dahulu) akan dialihkan kepada pengganggu.

Nota: Memeras ugut ialah kesalahan jenayah yang serius dan harus dilaporkan kepada polis.

iv. Untuk mendidik orang yang benar-benar tidak tahu.

Terdapat keadaan di mana seseorang benar-benar tidak tahu bahawa perbuatan mereka itu salah dan mereka sedang mencederakan orang lain. Bila anda bersuara, ia dapat memberikan petunjuk kepada orang itu tentang kelakuannya dan seterusnya, memberikannya peluang untuk menilai perbuatannya supaya dia tidak mengulanginya.

v. Untuk mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa.

Bila anda bersuara, terutamanya jika ia dapat mendidik pengganggu tersebut, ia mungkin menghalangnya daripada mengganggu lagi.

Selain itu, bersuara tentang pengganggu tersebut di khalayak ramai akan mendedahkan kesalahannya kepada orang lain dan sekaligus membantu mengelakkan dia daripada mengulanginya.

vi. Untuk menginspirasikan orang lain untuk bersuara.

Bila anda bersuara, anda juga menginspirasikan orang lain supaya menjadi cukup berani untuk melakukan perkara yang sama. Oleh itu, biasanya hanya satu orang perlu mula membuat aduan terhadap seorang majikan yang menghina sebelum yang lain juga turut tampil ke hadapan.

Semua orang memerlukan teladan dan bila anda bersuara tentang pengganggu anda, anda boleh menjadi teladan bagi orang lain yang juga mengalami pengalaman yang serupa.

Saya ingin bersuara, tetapi apa yang harus saya katakan?

Pertama sekali, cuba jangan menjawab pengganggu anda ketika anda masih dikuasai emosi. Reaksi yang kelihatan “terlampau beremosi” seringkali dipandang remeh oleh pengganggu tersebut yang akan menggunakannya untuk menjadikan anda kelihatan “tidak rasional”, “beremosi” atau “sensitif”. Ini mungkin juga mempengaruhi pandangan orang luar terhadap anda.

Selain itu, berhati-hati supaya anda tidak turut menghina juga.

Bila anda bersuara:

  • Fokus pada fakta;
  • Nyatakan sebab anda tidak menyukai kelakuan pengganggu tersebut dari sudut pandangan yang berdasarkan fakta, dan bukannya emosi; contohnya, sebab kelakuan mereka tidak dapat diterima mengikut standard komuniti Standard komuniti:
    Norma atau kelakuan yang boleh diterima yang dikuatkuasakan oleh sebuah komuniti yang saksama dan terbuka.
    ;
  • Cuba dapatkan pengganggu itu untuk memberikan justifikasi terhadap kelakuannya. Bila anda berbuat begitu, anda mengalihkan tumpuan kepada kelakuannya dan memaksa dia menilai perbuatan tersebut;
  • Nyatakan kelakuan yang anda inginkan daripada pengganggu tersebut; dan
  • Pastikan bahasa anda tegas tetapi bersopan.

Senario #2:
Anda memuat naik video YouTube yang menyatakan kepentingan mempunyai ruang kerja yang bebas dari gangguan seks demi melindungi pekerja wanita.

Dua orang menghantar komen-komen sebegini di video anda:

“Biasalah perempuan jalang seperti kau. Emo betul. Jika tak tahan, lebih baik kau hisap jantan kau di rumah.”

“Senyap sajalah, pelacur! Aku pasti jika aku tenggelamkan kau, kau masih bercakap.”

Jangan menyatakan ini:

“Kau ingat kau ni siapa? Apa yang kau tahu tentang realiti seorang wanita di tempat yang dikuasai lelaki? Bila kau boleh melahirkan anak, barulah kau bercakap. Jika tak, diam saja, pukimak! Bagi hormat sikit. Apa yang saya buat pada kau untuk dapatkan layanan ini? Kenapa perangai kau macam babi? Ibu tak ajar ke? Jaga-jaga, saya sedang memerhatikan kau.”

Sebaliknya, katakan ini:

“Komen anda telah dipertimbangkan. Walaupun anda mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan anda, memanggil saya jalang dan mencadangkan bahawa ia lebih baik jika saya hisap jantan saya kerana saya menuntut persekitaran kerja yang lebih selamat untuk wanita bukan sahaja menghina tetapi juga berbaur seksisme. Anda tidak perlu mencaci saya dan memberikan idea-idea seksis yang boleh saya buat. Sebaliknya, apa kata awak cuba meyakinkan saya dan orang lain di ruang ini tentang sebab wanita tidak patut mendapat persekitaran kerja yang lebih selamat? Semua perbincangan yang membina di ruang ini dialu-alukan tetapi tiada lagi tolak ansur terhadap kelakuan menghina daripada anda.”

Apa yang harus saya lakukan jika pengganggu saya semakin menghina atau ganas selepas saya bersuara?

Pada peringkat ini, langkah yang terbaik ialah menyekat orang tersebut supaya dia tidak dapat menghubungi anda lagi. Anda juga boleh melaporkan orang tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan (sila rujuk LANGKAH 3 untuk maklumat yang lebih terperinci).

Anda juga dinasihatkan untuk mendokumenkan kelakuan menghina itu dengan serta-merta untuk mengelakkan komunikasi tersebut daripada dihapuskan. Sila rujuk LANGKAH 2 bagi kaedah mendokumenkan gangguan dalam talian.

Nota: Sebaik anda menghalang seseorang, anda tidak dapat mengakses kegiatan orang tersebut di platform dalam talian itu lagi. Ini bermakna anda tidak akan mengetahui perkara yang mungkin dikatakan orang tersebut tentang anda.

Bolehkah jika saya tidak bersuara? Adakah saya akan dinilai?

Ya, tidak apa jika anda tidak bersuara. Anda mungkin dianggap sebagai pengecut, tetapi akhirnya, ia hidup dan pengalaman anda dan akibat itu harus ditanggung anda. Tiada sesiapa yang benar-benar memahami perkara yang dialami anda ataupun perasaan anda. Oleh itu, tiada sesiapa yang berhak menilai anda. Orang lain boleh memberikan anda nasihat untuk bersuara tetapi keputusan itu terletak di dalam tangan anda kerana andalah yang perlu menghadapi akibatnya selepas anda bersuara dan bukannya mereka.

Anda juga boleh meminta orang lain bersuara untuk anda. Hubungi kawan-kawan ataupun sekutu anda dan beritahu mereka bahawa anda memerlukan sokongan mereka untuk menghadapi pengganggu tersebut. Meminta bantuan tidak bererti anda lemah.


LANGKAH #2: ELAKKAN PENGHAPUSAN BUKTI

Jika mengikut rasa hati, mesej atau komen yang menghina, menjijikkan dan mencaci yang ditujukan kepada anda memang akan dihapuskan. Siapa yang ingin diingatkan tentangnya? Akan tetapi, mendokumen atau menyimpan rekod gangguan tersebut amat penting berdasarkan dua sebab yang utama:

  • Kumpul bukti yang diperlukan untuk menyokong aduan anda terutamanya bila anda mahu mengambil tindakan rasmi atau undang-undang terhadap pengganggu tersebut; dan
  • Membantu anda melihat jika gangguan tersebut semakin teruk dan menentukan jika anda perlu mengambil sebarang tindakan yang sepatutnya.

Apakah maklumat yang harus saya simpan?

  • Tarikh, masa dan lokasi setiap gangguan. Lokasi harus merupakan tempat anda membaca mesej atau komen itu buat kali pertama, dll. Contohnya, “Saya di ruang tamu rumah Yanti (kawan saya) ketika saya membaca mesej itu.”
  • Jenis alat komunikasi yang digunakan untuk menghantar mesej atau komen tersebut. Contohnya, WhatsApp, Facebook, panggilan telefon, SMS, dll.
  • Maklumat pengganggu (jika ada); nama, usia, jantina, hubungan dengan anda (jika ada), pekerjaan, bila dan bagaimana kamu saling berkenalan. Lebih banyak maklumat tentang pengganggu itu, lebih baik.
  • Gambaran perbuatan pengganggu tersebut. Rekod perkara yang berkaitan sahaja.
  • Gambaran perasaan anda ketika anda membaca mesej atau komen yang mengganggu itu.
  • Gambaran tentang cara gangguan itu menjejaskan anda; contohnya, kehilangan tidur, trauma emosi yang memerlukan rawatan psikiatri jangka panjang, menukar nombor telefon, menyahaktifkan akaun Facebook, dll.
  • Maklumat mana-mana saksi; nama dan nombor telefon mereka, dan hubungan mereka dengan anda.
  • Jika anda mengesyaki bahawa maklumat peribadi anda telah dikongsi dalam talian tanpa izin anda, guna nama anda sebagai kata kunci gelintaran (“key search”) dalam talian untuk mengesahkannya. Simpan bukti tersebut bersama tarikh ia diterbitkan dalam bentuk salinan keras dan juga elektronik.
  • Jika anda mangsa pornografi tanpa izin (pornografi dendam) Pornografi tanpa izin:
    Biasa dikenali sebagai “pornografi dendam”, iaitu gambar lucah seseorang dikongsi tanpa izin orang tersebut sebagai perbuatan membalas dendam. Balas dendam bukan selalunya motif perkongsian gambar seperti ini, jadi, istilah yang betul ialah pronografi tanpa izin.
    , simpan gambar asli (jika ia swafoto) yang dikongsi tanpa izin anda. Ini akan membuktikan bahawa anda memiliki gambar itu atas dasar hak cipta.
  • Ambil syot layar atau gambar mesej atau komen gangguan tersebut bersama Alamat Protokol Internet (IP) address Alamat protokol internet (IP):
    Alamat IP memberikan identiti kepada peranti di dalam sebuah rangkaian. Sama seperti alamat rumah atau pejabat yang memberikan lokasi fizikal yang spesifik dengan satu alamat yang dapat dikenal pasti, peranti-peranti di dalam sebuah rangkaian dapat dibezakan dengan menggunakan alamat-alamat IP.
    Kebanyakan alamat IP berbentuk seperti ini: 151.101.65.121
    (Source: www.lifewire.com)
    (untuk e-mel)/ nombor telefon (untuk mesej WhatsApp/teks)/ ID pengguna media sosial (untuk Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, dll.). Klik di sini untuk mempelajari cara melakukan ini.
  • Log panggilan yang mengandungi tarikh, masa dan nombor telefon setiap gangguan jika ia berlaku melalui panggilan telefon. Ambil gambar ID pemanggil dengan masa dan tarikh panggilan gangguan tersebut.

Klik di sini untuk templat mendokumenkan gangguan siber.

SUMBER TAMBAHAN:

Tip Dokumentasi bagi Orang yang Telah Mengharungi Penyalahgunaan Teknologi dan Penghendapan oleh Rangkaian Kebangsaan untuk Menamatkan Keganasan Rumahtangga, Projek Jaringan Keselamatan

Cara Mengumpul Bukti Elektronik oleh Netsafe

Pemeliharaan Bukti

Di mana harus saya menyimpan maklumat tersebut?

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk menyimpan bukti dengan selamat:

  • Komputer meja atau komputer riba anda;
  • Cakera keras luaran atau pemacu USB;
  • E-mel: buka akaun e-mel yang baru untuk digunakan sebagai storan dan hantar dokumen-dokumen tersebut sebagai lampiran ke alamat e-mel yang baru itu. Anda juga boleh menghantarnya kepada orang yang anda percayai untuk disimpan dengan selamat; dan
  • Perkhidmatan pengehosan fail awan seperti Dropbox, Google Drive, One Drive, dll. yang menawarkan penggunaan percuma bagi saiz ingatan yang terhad.

Sebagai langkah keselamatan, simpan dokumen anda di sekurang-kurangnya dua tempat yang berlainan; contohnya, satu di komputer meja anda dan satu lagi di cakera keras luaran sekiranya salah satu fail rosak ataupun hilang. Anda juga disarankan supaya mencetak semua dokumen yang anda ada supaya anda mempunyai salinan keras yang sedia digunakan bila-bila masa.


LANGKAH #3: BERITAHU SESEORANG

Mengalami gangguan siber mungkin menimbulkan trauma dan anda tidak perlu mengharungi perkara ini seorang diri. Anda mungkin berpendapat bahawa ia tidak penting ataupun takut orang lain akan menilai anda kerana menghebohkannya. Akan tetapi, jika ia menjejaskan anda secara negatif, ia suatu perkara yang penting.

Siapa yang boleh saya beritahu?

i. Seorang yang anda percayai

Ia mungkin berguna untuk memberitahu orang yang anda percayai seperti seorang kawan, rakan sekerja, ibu bapa, guru, kaunselor, dll. yang anda senangi. Mempunyai suatu tempat mengadu atau tempat bergantung boleh memberikan anda ketenangan dan kelegaan, meskipun sebentar sahaja.

ii. Penyedia perkhidmatan media sosial dan Internet

Semua penyedia perkhidmatan media sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram dan juga enjin gelintar (“search engine”) seperti Google, Microsoft Bing dan Yahoo! mempunyai mekanisme untuk melaporkan kelakuan menghina dalam talian. Anda boleh menghubungi mereka untuk menyekat pengganggu tersebut atau menghapuskan bahan menghina yang ditujukan kepada anda.

Klik pada penyedia perkhidmatan media sosial dan Internet yang berkaitan di bawah untuk membawa anda ke laman yang digunakan untuk melaporkan gangguan dalam talian.

WhatsApp (Android)Whatsapp (IPhone)

Facebook

Twitter

Instagram

Enjin Gelintar Microsoft – Penghapusan maklumat

Enjin Gelintar Google – Penghapusan maklumat

Google+

YouTube

Yahoo!

iii. Organisasi bukan kerajaan (NGO)

Terdapat beberapa buah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mendokumenkan kes-kes gangguan siber di Malaysia. Langkah ini bukan saja penting bagi tujuan statistik demi memahami keseriusan gangguan siber di Malaysia, tetapi ia juga bertujuan untuk mendapatkan data yang benar dan tepat demi menyokong mana-mana usaha untuk menangani dan melobi isu ini.

EMPOWER – dokumentasi keganasan dalam talian berdasarkan jantina Keganasan dalam talian berdasarkan jantina:
Mana-mana perbuatan keganasan dalam talian yang mengakibatkan, ataupun besar kemungkinan mengakibatkan, kecederaan fizikal, kecederaan seks, kerosakan psikologi ataupun kesengsaraan kepada wanita. Contoh-contoh keganasan dalam talian ialah gangguan seks, menghendap, ugutan merogol dan
membunuh, peras ugut seks (sextortion), pornografi tanpa izin, komen terkutuk atau makian, dan perbuatan mengugut atau menakuti yang lain yang menyekat kebebasan seorang wanita. Keganasan sebegini biasanya diakibatkan ketaksamaan kuasa yang berdasarkan peranan jantina. Di seluruh dunia, keganasan berdasarkan jantina lazimnya mempunyai kesan negatif yang lebih besar terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Oleh itu, ia seringkali ditukar ganti dengan keganasan terhadap wanita.
(Sumber: Deklarasi PBB tentang Penghapusan Keganasan terhadap Wanita)
.

Pusat KOMAS – dokumentasi kejadian diskriminasi ras dan rasisme dalam talian.

PeopleACT – dokumentasi gangguan siber.

iv. Penguatkuasa undang-undang
Jika gangguan itu semakin teruk; iaitu, anda rasa tidak selamat atau dalam bahaya, anda mungkin ingin membuat laporan kepada penguatkuasa undang-undang seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Cyber999 secepat mungkin.

– Polis
Pihak polis bertanggungjawab untuk menerima aduan daripada orang ramai tentang perkara yang berkaitan dengan jenayah. Jika gangguan yang anda hadapi mungkin boleh menjejaskan keselamatan anda seperti kejadian menggodam, kecurian identiti, peras ugut, peras ugut seksPeras ugut seks (sextortion):
Perbuatan memaksa seseorang melakukan sesuatu, terutamanya hubungan seks, dengan mengugut menerbitkan gambar bogel atau maklumat seks tentang mereka.
(Sumber: Kamus Cambridge)
, ugutan bunuh, ugutan rogol atau menghendap, anda boleh membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang terdekat.

Anda juga boleh menghantar aduan dengan telefon pintar anda menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang direka pihak polis supaya orang ramai boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk melawan jenayah.

Muat turun aplikasi ini di sini:

Android – Playstore

Apple/ IPhone – Appstore

Nota: Sebaik anda membuat laporan polis, kejadian tersebut akan dianggap sebagai satu kejadian jenayah. Ini bermakna, polis berkewajipan untuk menyiasat perkara tersebut dan bila bukti yang diperoleh mencukupi untuk menyokong bahawa orang yang dikatakan mengganggu itu telah melakukan kesalahan jenayah, tuduhan jenayah baginya akan difailkan melalui pejabat Pendakwa Raya Pendakwa Raya:
Penasihat undang-undang kerajaan Malaysia yang utama.
.

Laporan polis tidak boleh ditarik balik. Akan tetapi, anda boleh membuat permohonan bertulis supaya tindakan tidak diambil bagi laporan yang dibuat, tetapi keputusan akhir masih terletak dalam tangan Pendakwa Raya.

– SKMM
SKMM ialah badan kawal-selia yang ditubuhkan untuk memantau semua aspek multimedia dan komunikasi di Malaysia. Ia berkuasa menerima dan menyiasat aduan yang berkaitan dengan gangguan siber. Klik di sini untuk maklumat tentang cara membuat aduan.

– Cyber999
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menubuhkan pusat bantuan yang bernama Cyber999 bagi orang ramai untuk membuat aduan tentang kejadian-kejadian yang berkaitan dengan keselamatan komputer. Klik di sini untuk maklumat tentang cara membuat aduan.

SUMBER TAMBAHAN:

Menghapuskan bahan dalam talian

Apakah yang harus saya beritahu polis?

Ketika membuat laporan kepada polis, anda perlu membawa semua bukti yang telah didokumenkan dalam bentuk salinan keras bersama anda. Proses akan menjadi lebih mudah jika anda boleh memberikan dokumen sokongan, terutamanya syot layar gangguan tersebut yang mengandungi sebarang maklumat yang boleh membantu polis mengenal pasti orang yang dikatakan mengganggu itu; contohnya, alamat e-mel, nama pengguna, alamat IP dan nombor telefon orang yang dikatakan mengganggu itu.

Berikut ialah senarai soalan yang sering ditanya oleh polis. Mereka mungkin tanya lebih banyak soalan lagi tetapi anda harus bersedia menjawab soalan-soalan di bawah sebelum anda ke balai polis untuk memastikan bahawa proses pelaporan itu berjalan selancar yang mungkin.

  • Bila gangguan itu berlaku?
  • Di mana ia berlaku?
  • Apa yang telah berlaku?
  • Adakah anda mengenali pengganggu tersebut? Jika ya, siapa dia?
  • Apakah tindakan yang telah diambil anda setakat ini?
  • Adakah anda mempunyai saksi? Jika ya, siapa mereka?
  • Bagaimana gangguan itu menjejaskan anda?
  • Apakah tindakan yang anda ingin polis ambil?

Polis akan membantu anda menulis laporan anda dan kemudian, anda akan diminta untuk mengesahkan ketepatan laporan tersebut. Ketika ini, pastikan anda membaca seluruh laporan dengan teliti untuk memastikan maklumat itu betul. Minta penjelasan jika anda tidak pasti tentang apa-apa yang ditulis pada laporan tersebut. Jika terdapat sebarang kesilapan, anda harus memaklumkannya kepada polis supaya ia diperbetulkan. Anda perlu melakukan ini walaupun anda berasa gelisah atau tidak selesa kerana ini boleh menjejaskan penyiasatan ataupun kebolehpercayaan laporan anda jika ia didapati kemudian bahawa terdapat perkara yang anda tidak maklumkan kepada polis.

Pihak polis juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu anda tentang kemajuan penyiasatan mereka. Anda berhak meminta laporan kemas kini. Catatkan nama pegawai yang menerima laporan anda supaya anda boleh menghubungi pegawai itu secara terus untuk memudahkan proses susulan.

Bagaimana harus saya mendapatkan kerjasama polis?

Kadang-kadang, seorang mangsa tiba di balai polis dengan harapan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan serta-merta. Sebaliknya, dia mendapati bahawa aduannya dipandang remeh. Terdapat pelbagai sebab mengapa sesetengah polis mungkin memandang remeh aduan gangguan siber, tetapi tiga sebab paling biasa yang pernah dilaporkan mangsa sebenar ialah:

i. Sesetengah polis mungkin tidak tahu cara memproses aduan itu kerana pada masa ini, tiada undang-undang spesifik bagi gangguan siber, melainkan ugutan rogol atau bunuh terlibat. Oleh itu, polis tiada duluan atau bimbingan bagi undang-undang yang patut digunakan untuk menguruskan kes tersebut;

ii. Masih terdapat persepsi bahawa ruang dalam talian tidak nyata; iaitu, para pengguna tidak saling berinteraksi secara fizikal. Oleh itu, sebarang gangguan atau ugutan yang berlaku dalam talian tidak akan menjadi kecederaan fizikal; dan

iii.Menyalahkan mangsa Menyalahkan mangsa:
Bila mangsa sesuatu jenayah atau kesalahan lain dianggap bertanggungjawab penuh atau separa untuk kesengsaraan mereka. Contohnya, seorang mangsa rogol diberitahu bahawa dia tidak akan dirogol jika dia tidak membenarkan perogol memasuki bilik hotelnya.
– Ini berlaku bila sesetengah polis percaya bahawa mangsa tersebut bertanggungjawab untuk gangguan itu; contohnya, menghantar pendapat politik yang bersifat menghasut atau gambar mangsa yang berpakaian seksi di media sosial dijangka membangkitkan reaksi yang menentang daripada orang ramai. Oleh itu, mangsa tersebut sepatutnya lebih bijak.

Di sini ialah lima tip yang mungkin membantu anda mendapatkan kerjasama polis. Ingat, polis juga manusia dan mereka juga mengalami tekanan harian akibat kerja dan kehidupan peribadi mereka. Jadi, mereka tidak memerlukan orang membuat laporan tanpa sebarang bukti di balai polis dengan perangai yang agresif dan menimbulkan rasa meluat.

Tip #1: Tubuhkan hubungan baik dengan polis yang menerima laporan anda dengan menggelarnya secara hormat; contohnya, gelarnya sebagai Tuan atau Puan dan diikuti dengan namanya yang boleh didapati pada tag namanya. Bila anda menggelar mereka menggunakan gelaran dan nama mereka, ia boleh membantu interaksi itu dan menyatakan kepada anggota polis itu bahawa anda mengiktirafnya sebagai seorang individu dan bukannya seorang ahli pasukan polis yang tugasnya hanya untuk berkhidmat demi anda.Tip #2: Nyatakan fakta-fakta aduan anda dengan jelas. Menyampaikan aduan anda dengan jelas akan menjimatkan masa polis dan mengurangkan beban mereka bila mereka cuba mendapatkan maklumat daripada anda.

Tip #3: Mengatur dan menyediakan semua dokumentasi dalam salinan keras untuk menyokong aduan anda. Semua bukti mesti berada di dalam bentuk dan bahasa asalnya. Contohnya, jika mesej mengganggu itu dalam bahasa Tamil dan dihantar melalui Facebook, ambil syot layar/gambar mesej itu dan cetaknya seperti itu. Jangan menterjemah atau menaip semula mesej tersebut di dalam dokumen Word.

Bawanya bersama anda ke balai polis. Ingat, simpan satu salinan untuk diri sendiri.

Tip #4:Ketika bercakap dengan polis, anda harus bersopan dan merendah diri. Jangan memasuki balai polis dengan lagak bahawa polis terhutang kepada anda, justeru, mereka mesti melayan anda walau apapun.

Tip #5: Bila anda tidak mendapat apa yang dijangkakan, bertenang dan cuba tidak menjadi marah dan menghina. Jika anda menghina, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk bersikap garang terhadap anda.

Apa yang harus saya buat jika polis berkata:

“Awak yang memberikan gambar itu kepadanya. Dia berhak membuat sesuka hatinya dengan gambar itu.”

Dengan sopan, jelaskan kepada polis bahawa ini mungkin tidak benar terutamanya jika gambar itu ialah swafoto, justeru, anda memiliki gambar itu. Selain itu, beritahu polis bahawa kehormatan dan reputasi anda dicabar biarpun gambar itu bukan kepunyaan anda. Cuba buat mereka faham bahawa walaupun anda berkongsi gambar dengan seseorang secara peribadi, ini tidak bermakna bahawa orang itu diberikan izin untuk menyebarkannya. Tanya sama ada mereka menyukainya jika gambar mereka yang memalukan dikongsi di media sosial tanpa kebenaran mereka.

“Ini bukan perbuatan jenayah. Tiada undang-undang bagi ini.”

Jelaskan kepada polis secara sopan bahawa ini mungkin tidak benar kerana terdapat undang-undang yang wujud seperti Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Jenayah Komputer 1997 yang boleh digunakan bagi kesalahan seperti intimidasi jenayah, akses haram kepada bahan-bahan komputer, mencabul kehormatan dan menghantar bahan yang menghina.

Selain itu, jelaskan kepada pegawai tersebut bahawa kedudukan Polis Diraja Malaysia ialah mana-mana undang-undang yang boleh digunakan untuk kesalahan luar talian juga boleh digunakan untuk kesalahan sama yang berlaku dalam talian. Internet hanya sejenis perantara atau alat. Jenayah itu masih sama dan undang-undang yang sesuai akan digunakan untuk jenayah itu. Jika mereka tidak pasti tentang ini, mereka harus mengesahkannya dengan ibu pejabat mereka di Bukit Aman.

“Dia kata bukan dia.”

Dengan dokumentasi (laman web, IP, pembekal perkhidmatan e-mel, dll.) yang telah anda sediakan, maklumkan kepada polis bahawa ia harus membantu mereka menyiasat dan membuktikan identiti pengganggu tersebut.

“Benda dalam talian ini tidak benar. Anda tidak menghadapi bahaya fizikal yang sebenar.”

Jelaskan secara sopan bahawa gangguan dalam talian (terutamanya ugutan dan perbuatan menghendap) berkemungkinan beralih daripada ruang dalam talian ke tempat luar talian bila maklumat peribadi seperti alamat rumah atau pejabat, nombor plat kereta, dll. telah dikongsi di khalayak ramai.

Selain itu, bahaya yang dihadapi anda mungkin menjadi lebih serius lagi akibat hakikat Internet membolehkan identiti orang dirahsiakan. Orang yang identitinya tidak diketahui ini mungkin seorang kenalan anda sebenarnya.

“Awak tidak sepatutnya menyatakan pendapat awak/berpakaian seperti itu. Awak pasti sudah tahu itu akan mendatangkan masalah. Kenapa awak mengadu tentangnya bila awak tahu kejadian ini sudah dijangka?”

Jelaskan kepada polis itu dengan sopan bahawa kata-kata anda atau cara berpakaian anda mungkin tidak disenangi semua orang, tetapi ia bukan perbuatan jenayah. Akan tetapi, perbuatan pengganggu tersebut ialah perbuatan jenayah. Oleh itu, walau apa yang telah anda lakukan, ia tidak memberikan sesiapa alasan untuk menghina anda.

Nota: Jika anda menemui seorang polis yang masih enggan membantu anda melaporkan gangguan tersebut walaupun tip-tip di atas telah diguna, anda harus mencatatkan nama dan nombor lencananya dan membuat aduan di ibu pejabat polis.


LANGKAH #4: AMBIL LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM TALIAN

Kini, selepas anda melalui LANGKAH 1, 2 dan 3, ada lagi perkara lain yang boleh anda lakukan untuk memastikan kehadiran dalam talian anda selamat? TENTULAH. Sebenarnya, anda harus meningkatkan keselamatan dalam talian anda jika anda masih belum melakukannya. Anda dapat mengelakkan daripada diganggu dalam talian hanya dengan melaksanakan beberapa langkah keselamatan yang asas.

Terdapat banyak garis panduan dalam talian yang boleh didapati dengan mudah dari Internet. Kami telah menyenaraikan beberapa di bawah. Kami mengesyorkan anda supaya mengklik pautan yang terdapat di bawah sumber tambahan untuk maklumat lanjut.

Di sini ialah beberapa perkara asas yang patut dan tidak patut dilakukan yang anda harus selalu amalkan untuk mengurangkan risiko gangguan siber:

SILA:

  • Pastikan kata laluan e-mel anda mengandungi sekurang-kurangnya 15 aksara (“character”) dan terdiri daripada kombinasi huruf dan nombor. Kata laluan yang terbaik tidak mengeja apa-apa dan tidak mempunyai corak yang logik.
  • Tukar kata laluan anda dengan kerap.
  • Lihat semula tandatangan e-mel anda (teks yang ditambah secara automatik ke penghujung mesej yang akan dihantar). Ia harus membekalkan maklumat yang mencukupi tentang anda supaya anda boleh dikenal pasti, tetapi ia juga tidak harus terlampau banyak sehingga maklumat peribadi anda turut diberikan kepada penerima e-mel anda.
  • Hadkan maklumat yang anda kongsi di dalam mesej “tiada di pejabat” anda kepada tarikh anda tidak bekerja dan orang yang boleh dihubungi. Jangan menghebahkan bahawa anda akan bercuti atau mempunyai perjalanan kerja.
  • Guna penyulitan (contohnya Proton Mail) bagi e-mel seorang ke seorang untuk mengelakkan orang lain daripada menyamar sebagai anda atau membaca e-mel anda.
  • Buka dua akaun e-mel. Satu digunakan untuk surat perniagaan dan satu lagi mempunyai nama yang lain untuk kegunaan peribadi, dll. Tukar atau batalkan akaun kedua anda jika anda mula menerima terlalu banyak mel yang tidak diingini.
  • Tetapkan tetapan privasi anda supaya orang yang dikenali sahaja boleh mengakses akaun media sosial anda.
  • Berhati-hati dengan “bendera merah Bendera merah:
    Tanda amaran.
    (Sumber: Kamus Merriam-Webster)
    “, contohnya orang yang anda baru temui dalam talian yang bertanya tentang tempat tinggal atau tempat kerja anda.
  • Berhati-hati ketika bersua muka dengan kenalan dalam talian. Jika anda memilih untuk menemuinya, lakukannya di tempat awam dan bawa seorang kawan atau rakan kerja bersama anda.
  • Laman-laman web mengumpul pelbagai jenis maklumat tentang pengunjungnya (contohnya, jenis pelayar web yang diguna anda, alamat IP anda dan mungkin juga alamat e-mel anda). Layari Internet dengan bijak dan guna alat-alat yang boleh meningkatkan keselamatan ketika anda melayari Internet, iaitu guna VPN VPN:
    VPN ialah singkatan untuk Rangkaian Persendirian Maya (Virtual Private Network). Pada dasarnya, ia sebuah rangkaian persendirian yang menggunakan rangkaian awam untuk menghubungkan laman atau pengguna yang jauh. Dalam proses tersebut, ia menyulitkan kesemua trafik internet sesebuah peranti dengan menghalakannya melalui sebuah pelayan orang tengah (middleman server) di sebuah tempat yang jauh dan membolehkannya mengakses sumber rangkaian yang asalnya tidak dapat diakses.
    (Sumber: www.wired.co.uk )
    dan pasang Privacy Badger di pelayar web anda.
  • Fikir dengan teliti sebelum menghantar gambar anda yang terlalu peribadi kepada orang lain. Anda masih menghadapi risiko walaupun anda mempercayai orang tersebut kerana gambar itu masih dapat diakses orang lain jika telefon ataupun komputer riba orang tersebut dicuri atau digodam.
  • Pasang dan kemas kini perisian antivirus, tembok api dan anti-perisian intip di dalam komputer anda untuk mengelakkan serangan virus, penggodaman dan pengintipan.
  • Pastikan Pembekal Perkhidmatan Internet, kumpulan diskusi dan rangkaian bual anda mempunyai Tatakelakuan (gangguan adalah dilarang) dan dasar itu dikuatkuasakan oleh pentadbir laman tersebut.
  • Bincang privasi dan keselamatan Internet dengan pakar IT organisasi anda. Turuti mana-mana dasar atau tatacara bagi komunikasi Internet yang telah ditetapkan organisasi anda.

JANGAN:

  • Beritahu sesiapa kata laluan anda atau menyimpan kata laluan di tempat yang mudah diakses (contohnya, menulisnya di dalam buku nota anda, dll.).
  • Meninggalkan komputer anda yang telah dilog masuk tanpa pengawasan.
  • Menyenaraikan alamat e-mel anda pada mana-mana laman web atau memberikan alamat e-mel anda ketika mengisi borang di laman web, kecuali jika ia diperlukan, jika anda mahu merahsiakan identiti anda dalam talian.
  • Berkongsi maklumat peribadi di ruang awam atau mana sahaja dalam talian, ataupun memberikannya kepada orang yang tidak dikenali, termasuk di bilik bual.
  • Membuka fungsi geotagging Geotagging:
    Perbuatan mengetag lokasi geografi pada sesuatu seperti pengemaskinian status, tweet, foto atau bahan lain yang anda hantar dalam talian. Ia amat berguna kerana kini, ramai orang berkongsi bahan pada rangkaian sosial kegemaran mereka melalui telefon pintar atau tablet komputer pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jadi mereka bukan selalunya berada di sebuah lokasi yang tertentu sepanjang masa seperti dahulu bila kita hanya dapat mengakses internet menggunakan sebuah komputer meja.
    (Source: www.lifewire.com)
    di telefon anda kerana ini akan memberikan lokasi tepat anda ketika anda mengambil gambar dan menghantarnya dalam talian.
  • Memberikan nombor telefon orang lain tanpa meminta kebenaran mereka.
  • Menjawab teks atau mel suara daripada orang yang tidak dikenali anda.
  • Menyerang atau mencaci sesiapa ketika mengambil bahagian dalam kumpulan diskusi. Jika anda tidak bersetuju dengan orang itu, nyatakan kedudukan anda secara objektif dan berdasarkan fakta.

SUMBER TAMBAHAN:

Security in a Box – Alat dan Taktik Keselamatan Digital

Panduan Memastikan Keselamatan Dalam Talian

Klik Dengan Bijak

WhatsApp

Siapa yang Mengintip Komputer Anda: Perisian Intip, Pengawasan dan Keselamatan bagi Orang yang Telah Mengharunginya

Perkara yang Harus Dibuat Bila Anda Diugut Dalam Talian


LANGKAH #5: SAYANGI DIRI

Selepas melalui LANGKAH 1 hingga 4, anda mungkin rasa bahawa anda masih mudah terdedah pada bahaya dan memerlukan sokongan lanjut. Sesetengah mangsa melaporkan bahawa mereka masih hidup dalam ketakutan akibat ugutan dalam talian yang diterima mereka. Akibat itu, mereka mengalami depresi dan trauma emosi yang teruk. Dalam tempoh ini, ia amat penting untuk menyayangi diri sendiri. Menyayangi diri sendiri bermaksud menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi anda untuk memulakan proses pemulihan anda. Proses pemulihan ini penting untuk mengembalikan anda kepada kehidupan yang dinikmati anda dahulu.

Salah satu cara untuk menyayangi diri sendiri ialah mengambil masa untuk berehat dari media sosial atau platform dalam talian lain yang telah mendatangkan keburukan kepada anda. Memilih untuk meninggalkan ruang itu boleh membantu anda menjauhi sebuah persekitaran yang toksik supaya anda boleh menenangkan diri semula.

Pelbagai kaedah menyayangi diri sendiri boleh didapati dalam talian. Sila klik pautan di bawah sumber tambahan untuk maklumat lanjut.

Kadangkala, bila anda tidak dapat menahannya lagi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan kaunseling daripada orang yang dipercayai anda ataupun organisasi seperti Befrienders atau AWAM.

The Befrienders, KL
Alamat: Befrienders Center, No.95 Jalan Templer,46000 Petaling Jaya.
Bersua muka: Hubungi nombor telefon di bawah untuk membuat janji temu.
Panggilan Telefon (dibuka 24 jam sehari): 03-79568144 or 03-79568145
E-mel: [email protected] 

All Women’s Action Society (AWAM)
Alamat: 85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu beroperasi: 10 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu hanya dengan temu janji.
Telefon (pejabat): +60 3-7877 4221
Talian bantuan TELENITA: +60 3-7877 0221

SUMBER TAMBAHAN:

Sayangi diri: Menahan dan menyembuh


NOTA BELAKANG KEPADA ORANG YANG TELAH MENGHARUNGINYA

Kit ini hanya merupakan garis panduan untuk membantu anda dari segi perkara yang boleh dilakukan dan tempat mendapatkan bantuan. Ia tidak menjanjikan penyelesaian bagi anda. Terdapat banyak sumber tentang cara menangani gangguan siber yang boleh didapati dari Internet dengan mudah.

PeopleACT telah berusaha mengenal pasti sumber yang paling sesuai untuk kegunaan kit ini dan kemudian telah menyetempatkannya supaya ia berguna bagi rakyat Malaysia, ataupun orang yang tinggal di Malaysia.

PeopleACT juga cuba memastikan bahawa semua maklumat yang diberikan di sini setepat yang mungkin. Sesetengah maklumat mungkin akan berubah dan bila ini berlaku, PeopleACT akan berusaha mengemaskini maklumat tersebut secepat mungkin.

Anda masih digalakkan untuk mencari maklumat lain yang mungkin memberikan anda sokongan yang lebih baik, meskipun kami benar-benar berharap bahawa kit ini akan memberikan maklumat asas yang anda perlukan untuk mengharungi gangguan siber.

Akhir sekali, anda tidak perlu mengikut langkah-langkah dalam urutan yang disyorkan; iaitu Langkah 1, 2, 3, 4 dan 5. Percayai rasa hati anda sendiri dan bertindak mengikut apa yang anda rasai. Contohnya, jika anda berpendapat Langkah 4 paling mustahak, sila lakukannya. Setiap individu unik dan hanya anda dapat menentukan perkara yang terbaik untuk diri anda.

Bertabahlah dan fahami bahawa anda tidak bersendirian.

HUBUNGI KAMI

Alamat:
The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights
A-3-8, Pantai Business Park, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
(Waktu pejabat dibuka: Isnin – Jumaat, 9.30 pagi – 5.30 petang)
Telefon: +60 3-2201 1454
E-mel: [email protected]

NOTA BELAKANG KEPADA ORANG YANG TELAH MENGHARUNGINYA

Kit ini hanya merupakan garis panduan untuk membantu anda dari segi perkara yang boleh dilakukan dan tempat mendapatkan bantuan. Ia tidak menjanjikan penyelesaian bagi anda. Terdapat banyak sumber tentang cara menangani gangguan siber yang boleh didapati dari Internet dengan mudah.

PeopleACT telah berusaha mengenal pasti sumber yang paling sesuai untuk kegunaan kit ini dan kemudian telah menyetempatkannya supaya ia berguna bagi rakyat Malaysia, ataupun orang yang tinggal di Malaysia.

PeopleACT juga cuba memastikan bahawa semua maklumat yang diberikan di sini setepat yang mungkin. Sesetengah maklumat mungkin akan berubah dan bila ini berlaku, PeopleACT akan berusaha mengemaskini maklumat tersebut secepat mungkin.

Anda masih digalakkan untuk mencari maklumat lain yang mungkin memberikan anda sokongan yang lebih baik, meskipun kami benar-benar berharap bahawa kit ini akan memberikan maklumat asas yang anda perlukan untuk mengharungi gangguan siber.

Akhir sekali, anda tidak perlu mengikut langkah-langkah dalam urutan yang disyorkan; iaitu Langkah 1, 2, 3, 4 dan 5. Percayai rasa hati anda sendiri dan bertindak mengikut apa yang anda rasai. Contohnya, jika anda berpendapat Langkah 4 paling mustahak, sila lakukannya. Setiap individu unik dan hanya anda dapat menentukan perkara yang terbaik untuk diri anda.

Bertabahlah dan fahami bahawa anda tidak bersendirian.

HUBUNGI KAMI

Alamat:
The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights
A-3-8, Pantai Business Park, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
(Waktu pejabat dibuka: Isnin – Jumaat, 9.30 pagi – 5.30 petang)
Telefon: +60 3-2201 1454
E-mel: [email protected]

Supported by