
Gambaran keseluruhan keadaan hak asasi manusia di Malaysia 2026
This information is also available in English
Latarbelakang am
- 34.4 juta penduduk pada 2026 (34.2 juta pada 2025) dengan 47.5% perempuan, 11% bukan warganegara, dan usia median 31.3 tahun pada 2025 (30.9 tahun pada 2024)
- Ekonomi berpendapatan pertengahan atas dengan pertumbuhan tahunan pendapatan negara kasar per kapita 6.4% dan ketidaksamaan pendapatan lebih tinggi daripada purata (indeks Gini 39)
- Persekutuan 13 negeri dengan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) adalah institusi hak asasi manusia nasional
Kewajipan dan komitmen antarabangsa
Daripada sembilan instrumen hak asasi manusia antarabangsa teras, Malaysia hanya berpihak kepada tiga – CEDAW, CRC dan CRPD. Malaysia seri bersama Brunei dengan ratifikasi tersedikit di rantau ini ketinggalan belakang negara-negara lain di Asia Tenggara.
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik
Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya
Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita
2 reservasi
Malaysia menyetujui CEDAW pada Julai 1995. Walau bagaimanapun, ia mengekalkan reservasi terhadap Perkara 9(2) (hak sama rata untuk memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak) dan sebahagian daripada Perkara 16(1) (perkahwinan dan hubungan keluarga) dengan mengisytiharkan tafsiran konvensyen tersebut tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah. Reservasi terdahulu terhadap Perkara 2(f), 5(a), 7(b), 9(1), dan 16(2) telah ditarik balik pada tahun 1998 dan 2010.
Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 2001 untuk memasukkan “gender” dalam alasan-alasan diskriminasi dilarang, dan undang-undang seperti Akta Keganasan Domestik 1994 dan Akta Anti-Gangguan Seksual 2022 memberi sebahagian kesan kepada kovensyen ini. Malaysia masih belum mempunyai undang-undang kesaksamaan gender yang menyeluruh.
Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghinakan
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
5 reservasi
Malaysia menyetujui CRC pada Februari 1995. Reservasi kekal kepada Perkara 2, 7, 14, 28(1)(a), dan 37 yang meliputi tanpa diskriminasi, nama dan kewarganegaraan, kebebasan berfikir, berhati nurani dan beragama, pendidikan rendah percuma, dan kebebasan daripada penyeksaan dan penahanan sewenang-wenangnya.
Malaysia juga berpihak kepada dua protokol pilihan CRC, mengenai penglibatan kanak-kanak dalam konflik bersenjata dan mengenai penjualan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.
Prinsip-pinsip CRC diterapkan secara domestik terutamanya melalui Akta Kanak-Kanak 2001, yang menggabungkan undang-undang perlindungan kanak-kanak Malaysia yang terdahulu, dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka
Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya
2 reservasi
Malaysia menandatangani CRPD pada April 2008 dan meratifikasi konvensyen ini pada July 2010. Bagaimanapun, ia menganggap Perkara 15 (kebebasan daripada penyeksaan atau layanan kejam, tidak berperikemanusiaan atau merendahkan martabat) dan Perkara 18 (kebebasan bergerak dan kewarganegaraan) adalah tidak terikat.
Protokol pilihan CRPD belum diratifikasi.
Secara domestik, Akta Orang Kurang Upaya 2008 telah digubal sebelum ratifikasi. Undang-undang tersebut masih belum diselaraskan sepenuhnya dengan CRPD dan ketidakupayaan masih bukan alasan perlindungan dari diskriminasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang daripada Penghilangan Paksa
Perjanjian-perjanjian lain
Selain sembilan perjanjian teras, Malaysia tak berpihak kepada instrumen hak asasi manusia antarabangsa utama lain termasuk:
- Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967;
- Statut Rom of Mahkamah Jenayah Antarabangsa (persetujuan ditarik balik April 2019);
- Konvensyen Genosid 1948, dan
- Konvensyen tentang Orang Tak Bernegara.
Malaysia telah menyetujui 8 daripada 10 konvensyen asas hak buruh setelah meninggalkan Konvensyen ILO 105 mengenai pemansuhan buruh paksa pada January 1990 (asalnya diratifikasi pada 1958). Ia tak meratifikasi Konvensyen ILO 87 (mengenai kebebasan berpersatuan dan perlindungan hak untuk menganjur) and Konvensyen ILO 111 (mengenai diskriminasi pekerjaan).
Semakan Berkala Sejagat (UPR, Universal Periodic Review)
Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC, UN Human Rights Council) menyemak rekod hak asasi manusia keseluruhan setiap negara anggota melalui proses UPR, di mana negara anggota lain membuat syor-syor yang diterima oleh kerajaan, secara sepenuhnya atau sebahagiannya, atau “diambil maklum”. Malaysia telah menjalani empat semakan sejak 2009.
Februari 2009
daripada 103 syor
Oktober 2013
daripada 232 syor
November 2018
daripada 268 syor
Januari 2024
daripada 348 syor
Komitmen lain
Malaysia telah dipilih sebagai ahli UNHRC sebanyak tiga kali dalam penggal 2006–2009, 2010–2013, dan 2022–2024. Dalam tempoh ini, ia telah menjadi penaja bersama resolusi-resolusi UNHRC berikut, menunjukkan komitmen yang teguh dalam isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa:
- Keselamatan kanak-kanak dalam persekitaran digital (A/HRC/RES/56/6)
- Memelihara Hak Asasi Manusia dan Matlamat Pembangunan Lestari melalui Penyampaian Perkhidmatan Awam yang Telus, Bertanggungjawab dan Cekap (A/HRC/RES/52/8)
- Hak asasi manusia untuk persekitaran yang bersih, sihat dan lestari (A/HRC/RES/48/13)
- Memastikan penghormatan terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Wilayah Palestin yang Ditakluki, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan di Israel (A/HRC/RES/S-30/1)
- Keselamatan wartawan (A/HRC/RES/39/6)

Ranking global: Di mana kedudukan Malaysia?
Malaysia secara konsisten berada di tengah-tengah ranking antarabangsa yang mengukur petunjuk utama untuk hak asasi manusia dan demokrasi.
April 2026
2 tempat (2025)
(2024)
April 30, 2026
7 tempat (2026)
(2025)
Mac 19, 2026
(2026)
(2025)
November 13, 2025
(2025)
(2024)

Kerangka undang-undang
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
- Perkara 5: hak hidup dan kebebasan diri;
- Perkara 6: larangan perhambaan dan buruh paksa;
- Perkara 7: perlindungan dari undang-undang jenayah retrospektif dan pendakwaan berganda;
- Perkara 8: hak kesaksamaan;
- Perkara 9: larangan buang negeri dan hak kebebasan bergerak;
- Perkara 10(1)(a): hak kebebasan bersuara dan berekspresi;
- Perkara 10(1)(b): hak kebebasan berhimpun secara aman;
- Perkara 10(1)(c): hak kebebasan berpersatuan;
- Perkara 11: hak kebebasan beragama;
- Perkara 12: hak tanpa diskriminasi dalam pendidikan;
- Perkara 13: hak harta; and
- Perkara 119: hak mengundi.
Perkara 9, 10, 12, dan 119 dijamin kepada warganegara sahaja manakala selebihnya meliputi semua orang. Secara parktis, undang-undang berikut kerap disebut sebagai menyekat kebebasan-kebebasan yang dijamin perlembagaan:
- Kebebasan diri (terutamanya undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara):
- Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),
- Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),
- Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA),
- Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985;
- Bersuara dan berekspresi:
- Akta Hasutan 1948,
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA, terutamanya Seksyen 233, diluaskan dalam pindaan 2024),
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA),
- Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA),
- Peruntukan Kanun Keseksaan mengenai fitnah jenayah (Seksyen 499–500) dan “aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen” Kanun Jenayah (Seksyen 124B),
- Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (OnSA);
- Berhimpun secara aman: Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA);
- Berpersatuan:
- Akta Pertubuhan 1966, dan
- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU/UUCA).
Sekatan-sekatan kebebasan asas dalam Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah. Hak privasi tidak mempunyai jaminan nyata dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia dibacakan dalam Perkara 5 (hak hidup dan kebebasan diri) menurut undang-undang kes. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) adalah terhad kepada transaksi komersial dan tidak terpakai kepada kerajaan. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) adalah terhad kepada transaksi komersial dan tidak terpakai kepada kerajaan. Malaysia tidak mempunyai undang-undang kebebasan maklumat (FOI) kebangsaan. Hanya dua negeri yang telah melaksanakan FOI – Pulau Pinang dan Selangor – dan hak ini tidak dijamin secara nyata dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi tersirat dalam Perkara 10(1)(a) (lihat Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor).
Perkembangan terkini
- Naratif Dalam Talian dan Ancaman Digital: Penyebaran Maklumat Salah, Maklumat Tak Sah, dan Ujaran Kebencian Terhadap Pelarian Rohingya di Malaysia (cijmalaysia.net)
May 24, 2026 · Centre for Independent Journalism - Pemerhatian akhir mengenai laporan berkala kedua hingga keempat gabungan Malaysia (CRC/C/MYS/CO/2-4)
Februari 5, 2026 · Jawatankuasa Hak Kanak-kanak - Pertimbangan laporan Negara Pihak – Balasan Malaysia terhadap senarai isu berkaitan dengan laporan berkala kedua hingga keempat gabungannya (CRC/C/MYS/RQ/2-4)
Februari 5, 2026 · Jawatankuasa Hak Kanak-kanak - Keadaan Kebebasan Berekspresi di Malaysia 2025 (cijmalaysia.net)
Disember 9, 2025 · Centre for Independent Journalism - Malaysia Human Rights Report 2025 (suaram.net)
Disember 5, 2025 · SUARAM - Lawatan ke Malaysia – Laporan Pakar Bebas mengenai pencapaian semua hak asasi manusia oleh warga emas, Claudia Mahler (A/HRC/60/24/Add.1)
Julai 4, 2025 · Majlis Hak Asasi Manusia - Landskap Media Malaysia: Gambaran Tahun 2024 (cijmalaysia.net)
Mei 16, 2025 · Centre for Independent Journalism
Disusun oleh Khairil Zhafri ([email protected])
Bulletin
Subscribe to our email newsletter to receive the latest news and updates from the MCCHR team directly in your inbox.
for Constitutionalism
and Human Rights